Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Hizbullah berkata bahawa setiap inci tanah Palestin yang dijajah Israel tidak lagi selamat daripada roket dan para pejuang kumpulan itu di dalam sebarang konflik bersenjata di antara rejim Zionis dan Hizbullah yang mungkin tercetus pada masa hadapan.
Syed Hasan Nasrallah membuat kenyataan itu pada hari Khamis ketika menyampaikan sebuah ucapan dalam rangka memperingati salah seorang daripada pemimpin tentera kumpulan itu, Mustafa Badreddine yang kehilangan nyawanya di Syria setahun lepas.
Di dalam ucapan yang memuji pemimpin tentera itu, Nasrallah turut berkata bahawa rejim Israel sedar bahawa sebarang konflik bersenjata yang mungkin tercetus di masa hadapan akan mengambil tempat di tanah jajahan Israel di Palestin.
Nasrallah turut memberi jaminan bahawa Israel akan ditewaskan di dalam sebarang konflik dengan gerakan Hizbullah.
Beliau kemudiannya menambah dengan mengatakan bahawa para pejuang kumpulan itu telahpun menunaikan tanggungjawab mereka dengan mempertahankan keselamatan kawasan sempadan negara Lubnan dengan Syria. Di dalam proses itu, menurut Nasrallah, mereka juga berjaya memusnahkan beberapa pos militan di wilayah tersebut.
Beliau turut berkata bahawa Hizbullah telah memberikan pengorbanan yang besar dalam rangka mempertahankan setiap bangsa tanpa mengira latar belakang agama mereka.
Nasrallah juga menegaskan bahawa kumpulan pimpinannya tidak berminat untuk melakukan perubahan demografik di Syria sambil mengatakan bahawa kumpulan militan yang disokong oleh A.S, Turki dan beberapa negara Teluk Parsi adalah pihak sebetulnya yang ingin melihat perubahan demografik Syria. -ABNA24
/315
12 Mei 2017 - 18:37
News ID: 829413
Setiausaha Agung Hizbullah berkata bahawa setiap inci tanah Palestin yang dijajah Israel tidak lagi selamat daripada roket dan para pejuang kumpulan itu di dalam sebarang konflik bersenjata di antara rejim Zionis dan Hizbullah yang mungkin tercetus pada masa hadapan.